Sunday, 8 October 2017

Bendera Union Jack (Britain) - Boleh ke Orang Islam Pakai??


Salam Sejahtera, lama dah tak post apa2 dalam blog ni..

Baru-baru ni saya terdengar ceramah oleh seorang Ustaz yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Azhar Idrus.. Salah seorang daripada penonton telah bertanya tentang penggunaan bendera Union Jack(UJ) ataupun bendera Negara Britain sebagai hiasan. Namun jawapan yg diberikan oleh UAI telah membuka mata kerana selama ini memang saya tak pernah perasan tentang ini.

Di dalam masyarakat Malaysia kebiasaan mereka menggunakan bendera UJ ni kepada kereta mini mereka, samada diletakan di atas bumbung kereta dan juga di cermis sisi sebagai hiasan. Sebenarnya saya pun agak minat juga. Ada juga segelintir daripadanya jadikan sebagai hiasan di motosikal seperti di "seat" dan juga di tangki minyak..

Penggunaan bendera ini bukan sekadar pada kenderaan, malah ia juga dijadika corak didalam bidang fesyen seperti di kasut, Baju, beg dan sebagainya.. Namun pernahkah anda mencari maklumat tentang perkara ini??




Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bendera UJ ini. Bendera ini adalah bendera kebangsaan bagi Negara Britain, Pada 1606 asalnya Britain terdiri daripada tiga kerajaan iaitu, England, Scotland dan Ireland walaupun ketiga kerajaan tetap negara yang terpisah. Pada 12 April 1606. Sebenarnya didalam bendera UJ ini mempunyai 3 Salib yang mewakili tiga Negara ini.

Bendera UJ yang terdiri dari pada gabungan 3 salib ini ialah Salib melintang bewarna merah adalah mewakili Saint George dari kerajaan England, Salib menyerong berwarna putih mewakili Saint Andrew dari kerajaan Scotland manakala Salib menyerong berwarna merah pula mewakili kerajaan Saint Patrick dari Ireland.

Jadi jika kita yang beragama islam ni, boleh ke kite guna bendera UJ ni walaupun hanya sekadar hiasan atau corak semata-mata. Bukan ke macam kita membawa salib ini merata-rata?? Ini adalah sekadar perkongsian dari apa yang cari dari internet..Saya pasti anda lebih bijak dan atas anda untuk menilainya..

Mungkin  ada segelintir daripada anda telah mengetahui tentang perkara, mungkin juga ada sebilangan yang masih tidak tahu tentangnya. Jadi saya harap perkongsian ini berguna buat semua..


Saturday, 26 August 2017

Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Contest dari Lazada datang lagi.. Tarikh tutup : 31 Ogos 2017
https://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Bagaimana untuk menyertai, mudah saja hanya klik link ini untuk syarat peraduan Lazada Merdeka!!

a. What do you love about being Malaysian?
  • Kenapa saya suka jadi rakyat Malaysia? kerana keharmonian kehidupan dengan masyarakat berbilang bangsa. Sebagai contoh, klau kita tinggal di taman-taman, selalunya dalam barisan rumah mesti ada bangsa Melayu, Cina, India kan, namun semua boleh hidup sama rata dan bertegur sapa antara kaum.
  • Makanan. Hanya di Malaysia sahaja kita boleh makan jenis masakan melayu, india, cina, arab dan macam-macam lagi.
b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/
Untuk jenama tempatan pilihan semestinya Bad lab kerana telah menggunakan jemana ini sudah lebih dari 2 tahun dan saya sangat berpuas hati dengan produk ini
http://www.badlabco.com/
c. Select two product from that brand that you love.
  • BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub 100ml 
  • BADLAB Legally High Refreshing Body Wash 400ml 



Ini antara produk-produk yang ditawarkan di Lazada sempena Sale di bulan merdeka ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk bershopping di lazada kerana mereka sedang menjalankan Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/)that will take place from 25 August to 31 August (where you can find special discounts up to 80%!). Masih ada masa lagi untuk membeli barangan sehingga 80% diskaun.






Wednesday, 16 August 2017

Cepat tukar ke Kad ATM terbaru Bank Rakyat



Kad yang terbaru ini juga saya dapati "design"nya lebih menarik dan moden tidak seperti yang dulu kebiasaannya berwarna oren dan biru. Antara ciri-ciri lain ialah fungsi "Paywave" dimana pelanggan hanya perlu sentuh sahaja pada terminal ketika untuk membuat pembayaran.
Para pelanggan boleh pergi kemana-mana sahaja cawangan bank rakyat untuk melakukan pertukaran kad ATM secara percuma. Menurut pihak Bank, pelanggan perlu menukarnya segera untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku ketika ingin menukar kad ATM Maybank & CIMB dahulu. Ini kerana pihak bank belum lagi mengumumkan tentang tarikh pertukaran yang rasmi. 



Monday, 14 August 2017

Pengalaman di Wad Kanak-Kanak Hospital Pantai Puteri Ipoh



Sabtu yang lalu anak lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital kerana nak buat pembedahan saluran air mata ke hidung . Dah hampir setahun follow up kat HRPB, last2 mereka buat keputusan nak buat pembedahan. Tapi Pihak HRPB kata saya perlu bayar RM1272 untuk membeli alat untuk melakukan pembedahan tu. Pelik juga alat pembedahan kena beli sendiri?? Mungkin Prosedur baru, tapi macamana kalau pesakit tak mampu?? Jadi kami membuat keputusan untuk melakukan pembedahan di Hospital Pantai Ipoh kerana ada Medical Card Prudential BSN.

Maka hari ahad kami "admit" ke hospital ini, kami diberi wad kanak-kanak yang mempunyai 2 katil dalam satu bilik. Caj untuk bilik 2 katil ni berharga RM130 semalam. Keadaan sangat selesa kerana keadaan sangat bersih. Pesakit akan diberikan "toiletries" & Jug air untuk kegunaan ketika di hospital.




Antara Kemudahan yang ada didalamnya ialah, 2 televisyen untuk pesakit, memang pasang kartun jela. Untuk peneman juga jangan risau setiap peneman dibekalkan kerusi yang boleh dilipat, peneman bolehlah tidur disitu, kerusi ini sangat selesa. Hospital Pantai juga memberikan kemudahan WIFI yang lajuuuuuu.

Bilik air pula kena kongsi, keadaan bilik air sangat luas dan selesa. dilengkapi dengan pemanas air
TV untuk Setiap Pesakit

Kerusi Untuk Peneman sebelum Dibuka

Kerusi Untuk Peneman selepas Dibuka


Tandas dilengkapi dengan shower

Tandas Bersih

Setiap katil juga dibekalkan laci untuk menyimpan barang-barang yang berharga seperti telefon bimbit dan sebagainya kerana ia dilengkapi dengan kunci. Kunci yang dibekalkan mempunyai teknologi NFC TAG, Tag ini diperlukan setiap kali untuk membuka atau mengunci laci.
Yang warna Pink tu kunci laci

Untuk wad kanak-kanak biasanya mesti ada playground, namun playground di Hospital Pantai ini sangat "simple" kalau nak dibandingkan dengan "Ipoh Specialist Centre". Hiasan yang digunakan di sepanjang "walkway" sungguh menceriakan dan cantik.
Walkway

Mini Playground

Secara keseluruhannya keaadaan Wad Kanak-Kanak di hospital Pantai ini sangat baik dan selesa, Rawatan dan keramahan jururawat disana sungguh baik. Hari Selasa, anak saya dibenarkan keluar wad, masalah yang dihadapinya selama setahun akhirnya Alhamdulillah pulih. Semua kos pembedahan dan rawatan hospital adalah RM16110.00.

Friday, 14 July 2017

Kedai Gambar "Chan Sam Lock" akan ditutup selepas 71 Tahun Beroperasi

Kepada sesiapa yang lahir di Perak atau di Ipoh, pasti akan mengenali sebuah kedai gambar yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah berhadapan dengan Kompleks Yik Foong yang dikenali sebagai "Chan Sam lock". Kedai ini antara kedai gambar yang terawal di Ipoh. Tanyalah pada Ibu atau Bapa anda, pasti akan kenal akan kedai "Lagend" ini. Kedai ini akan menutup tirainya pada 31 ogos ini selepas beroperasi selama 71 tahun.

Menurut Pengarah studio Chan Mun Loong, Perniagaan keluarga ini mengambil keputusan untuk menghentikan operasi sejak dua bulan yang lepas akibat kerana perniagaan yang kurang memuaskan. Menurutnya mereka telah menanggung kerugian sejak 2 tahun yang lalu berikutan dengan perkembangan teknologi yang pesat terutamanya dengan adanya telefon bimbit yang canggih yang mempunyai kualiti kamera yang hebat.

Meraka telah cuba menceburi bidang pembuatan papan tanda menggunakan lampu LED, namun tidak cukup untuk menampung kos untuk meneruskan perniagaan.

Dahulunya, Chan Sam Lock adalah salah satu kedai yang pertama yang mengunakan teknologi imej digital untuk penghasilan gambarnya. Kedai ini sering dikunjungi oleh keluarga untuk mengambil gambar perkahwinan dan juga gambar keluarga ketika Musim Perayaan.

Oleh itu, Pihak Chan Sam Lock menyeru kepada pelanggan yang masih belum mengambil gambar dari kedainya agar mengambilnya sebelum 28 Ogos Ini, Jika pelanggan gagal membuat sedemikian, gambar anda akan dilupuskan. Kepada sesiapa yang telah menempah gambar perkahwinan agar datang ke kedai untuk membuat "Photo Shoot" secepat mungkin dan jika mereka tidak mahu, mereka boleh meminta semula wang mereka.

Kedai ini adalah kedai Lagend yang kedua bakal ditutup selepas Mcdonald Ipoh.

Saturday, 13 May 2017

Bukan Filem Typical - Gifted

Sebuah filem yang mengisahkan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun bernama Mary ( Mckenna Grace ) seorang kanak-kanak yang sangat pintar di dalam metematik, Mary tinggal bersama pakciknya Frank ( Chris Evans - Captain America ) selepas ibunya meninggal dunia akibat membunuh diri.

Namun, satu hari frank mengambil keputusan untuk menghantar mary ke sekolah tadika agar dia mengalami pengalaman menjadi seorang kanak-kanak biasa. Gurunya terkejut yang mary mampu menyelesaikan soalan matematik tahap tinggi. Pihak sekolah menyarankan agar mary diletakkan ke sekolah untuk anak-anak yang cerdik, tapi frank tidak bersetuju.

Oleh itu pihak sekolah menyiasat asal usul mary sehingga nenek mary dapat tahu tentang kehadiran mary. Neneknya juga seorang yang cerdik pandai dalam matematik sama seperti ibu mary sebelum ibunya membunuh diri. Neneknya mendesak frank agar mary tinggal bersamanya supaya dapat meneruskan kajian tentang permasalahan matematik yang ibunya tidak sempat diselesaikannya. Namun frank mahu mary menjadi kanak-kanak menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Bermula lah plot dimana neneknya menuntut hak penjagaan keatas mary sehingga berlanjutan di mahkamah.

Apakah yang akan berlaku pada mary?, adakah mary akan terus tinggal bersama frank? untuk mendapatkan jawapannya, silalah saksikan filem ini yang masih ditayangkan di panggung. Untuk filem ini saya bagi 8/10 bintang. Filem ini bukan lah cerita aksi seperti Fast 8, tetapi jalan cerita dan cinematografinya saya bagi "Thumbs Up"

Baru tadi saya menonton filem ini selepas tertarik dengan trailer filem ini. Namun seperti yang disangka, tak ramai yang akan menonton filem ini kerana tidak ramai yang akan menonton filem yang tidak dipenuhi dengan aksi dan kesan khas yang banyak. Namun sekali sekala ambil masa untuk menonton filem ber genre yang bertemakan kehidupan.

Gifted Trailer

Monday, 17 April 2017

Note 5 Android Nougat - Akhirnya!!!

Hari ini 17 April 2017, akhirnya update android terbaru Nougat 7.0 sampai ke Malaysia!! Update yang ditunggu-tunggu oleh pengguna Note 5 boleh mula update secara OTA mulai petang tadi.

Dengan pantas Note 5 saya di update.. Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman selama 4 jam dengan firmware terbaru ini dan juga fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan.

Kebanyakan semua fungsi yang terdapat pada Samsung Galaxy S7 di bawa masuk ke dalam note 5 ini, cuma fungsi Always On Display nya sahaja yang tidak disertakan.

Antara Fungsi Fungsi Terbaru 
1. Mengubah Resolusi Skrin
Samsung telah menambah fungsi untuk memilih diantara resolusi HD (1280x720), FHD (1920x1080) & WQHD (2560x1440). Tujuan fungsi ini adalah untuk menjimatkan penggunaan bateri agar dapat penggunaan seharian lebih lama.

2. Perubahan Pada "Notification Area"
Bagi saya perubahan ini lebih menarik kerana semua "toggle" seperti wifi, data, gps telah disusun dengan kemas

3. Blue Light Filter
Fungsi ini adalah hampir seperti night mode, dimana skrin akan menjadi lebih agak "warm". fungsi ini sangat baik jika pengguna suka menggunakan telefon diwaktu malam dan di dalam bilik yang gelap. Fungsi ini juga adalah untuk tidak meletakkan stress yang tinggi pada mata anda dan akan membantu anda lebih mudah untuk tidur.

4. App Drawer
Dengan Nougat, ikon yang digunakan agak menarik. Tambahan "search Bar" di dalam app drawer sangat memudahkan, terutama kepada pengguna yang banyak apps didalamnya. hanya taipkan nama app yang dikehendaki, ikonnya akan muncul.

5. Setting
Di ruangan Settings juga di susun semula agar mudah mencari setting yang dikehendaki. Malah pada setiap opsyen juga akan ada sedikit info bahagian bawah opsyen tersebut. Susunannya yang kemas dan tidak berterabur. Setiap opsyen juga ada ikon disebelahnya untuk memudahkan carian.

6. Camera
User Interface untuk camera telah diubah. pengguna boleh swipe ke kiri untuk ke mode, seperti pro, panorama, slow motion. jika anda swipe ke kanan pula akan ke ruangan filtur agar gambar yang ditangkap menjadi lebih menarik.

7. Animasi
Ada sedikit animasi seolah-olah seperti ombak akan ada apabila anda ingin membuat panggilan telefon. sedikit perubahan tapi menjadikan ia lebih menarik.

Setakat 4-5 jam saya menggunakan Android Nougat pada note 5, keseluruhannya ia agak menarik. Cuma agak sedih kerana fungsi Always On Display tidak disertakan sekali dengan update ini. Padahal fungsi itu hanya melibatkan perubahan pada software sahaja bukan pada hardware.

Jika anda suka dengan post ini, sila follow & Komen blog saya sebagai tanda sokongan agar saya dapat memberi konten yang lebih banyak dimasa hadapan.