Wednesday 15 March 2017

Larangan Visor Helmet Gelap : Baik atau Mengarut?

Sejak dua menjak ni semakin kerap polis buat sekatan jalan raya di sekitar ipoh & terutamanya di Batu Gajah. Tak Tahu kenapa?? Ramai yang kata sebab... Semalam selepas minum pagi dengan menaiki motosikal nak menuju semula ke pejabat. Bertembung lah dengan "Roadblock". Mulanya ingatkan abam2 polis ni dok singgah makan sebab takde letak sebarang kon & Papan tanda sekatan yang seperti biasa. Sekali kena tahan la pulak..

Sebelum tu ade jugak tengok penunggang motosikal yang lari. Memikirkan motosikal "standart" je & rasa tidak ada salah apa-apa. Diorang minta lesen memandu dan kad pengenalan. Sekali polis cakap "Visor" ni salah dan saya diminta untuk ketepi. Hadoii..nak kena saman lah pulak. Tengok dah 5-6 biji moto yang dah disaman. Nasib baik la saya tak kena saman dan diberi amaran sahaja.. Alhamdulillah.. Hanya visor yang jernih sahaja yang dibenarkan, gelap sikit pun tak dibenarkan.

Namun, apakah rasional larangan ini dibuat, dengar-dengar kata sebab apabila berlaku kes samun, tembak & rompakan yang melibatkan motosikal, si pelaku jenayah itu memakai visor yang gelap sehingga tak dapat melihat wajah penjenayah itu untuk pengecaman. Untuk ini bagi saya agak rasional.

Tapi sebagai penunggang motosikal biasa, tujuan memakai visor yang gelap ini adalah untuk keselesaan ketika membawa motosikal ketika waktu tengahari yang panas terik. sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan silau dan mengantuk. Almaklumlah cuaca sekarang ni lain macam panasnya.

Sebagai pendapat, kalau boleh dipertimbangkan agar ada kadar peratusan telus cahaya diperkenalkan untuk visor seperti yang dikeluarkan untuk tinted cermin kenderaan persendirian. Seperti kereta, cermin hadapan perlu 70% telus cahaya, untuk visor helmet seeloknya mengikut spesifikasi yang sama.

Rumusannya, larangan ini ada baik dan kurangnya dari aspek keselamatan. apakah pendapat anda?? Sila follow blog saya & lontarkan pendapat anda di bahagian Komen.



No comments:

Post a Comment