Friday 14 July 2017

Kedai Gambar "Chan Sam Lock" akan ditutup selepas 71 Tahun Beroperasi

Kepada sesiapa yang lahir di Perak atau di Ipoh, pasti akan mengenali sebuah kedai gambar yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah berhadapan dengan Kompleks Yik Foong yang dikenali sebagai "Chan Sam lock". Kedai ini antara kedai gambar yang terawal di Ipoh. Tanyalah pada Ibu atau Bapa anda, pasti akan kenal akan kedai "Lagend" ini. Kedai ini akan menutup tirainya pada 31 ogos ini selepas beroperasi selama 71 tahun.

Menurut Pengarah studio Chan Mun Loong, Perniagaan keluarga ini mengambil keputusan untuk menghentikan operasi sejak dua bulan yang lepas akibat kerana perniagaan yang kurang memuaskan. Menurutnya mereka telah menanggung kerugian sejak 2 tahun yang lalu berikutan dengan perkembangan teknologi yang pesat terutamanya dengan adanya telefon bimbit yang canggih yang mempunyai kualiti kamera yang hebat.

Meraka telah cuba menceburi bidang pembuatan papan tanda menggunakan lampu LED, namun tidak cukup untuk menampung kos untuk meneruskan perniagaan.

Dahulunya, Chan Sam Lock adalah salah satu kedai yang pertama yang mengunakan teknologi imej digital untuk penghasilan gambarnya. Kedai ini sering dikunjungi oleh keluarga untuk mengambil gambar perkahwinan dan juga gambar keluarga ketika Musim Perayaan.

Oleh itu, Pihak Chan Sam Lock menyeru kepada pelanggan yang masih belum mengambil gambar dari kedainya agar mengambilnya sebelum 28 Ogos Ini, Jika pelanggan gagal membuat sedemikian, gambar anda akan dilupuskan. Kepada sesiapa yang telah menempah gambar perkahwinan agar datang ke kedai untuk membuat "Photo Shoot" secepat mungkin dan jika mereka tidak mahu, mereka boleh meminta semula wang mereka.

Kedai ini adalah kedai Lagend yang kedua bakal ditutup selepas Mcdonald Ipoh.

No comments:

Post a Comment