Wednesday 15 November 2017

Promosi Terhebat Streamyx & UniFi 2017. 8Mbps RM89???

Kini Telekom Malaysia telah kembali lagi dengan promosi terhebat pada tahun 2017 ini. Kali ini TM mengadakan Promosi Bonanza yang dikhaskan untuk pelanggan yang baru sahaja. Diskaun yang diberikan sangat mengujakan bagi pakej jalur lebar. Promosi ini melibatkan  Streamyx dan juga UniFi.

Pakej yang ditawarkan ini hanya boleh didapati di TM Point terdekat anda. Biasanya ajen-ajen yang bukak booth di Tesco contohnya tidak akan menawarkan atau menerangkan tentang pakej ini. Jadi rajin2 lah untuk ke TM point dan bertanya. Tapi pakej ini hanya untuk pendaftaran yang baru sahaja, kepada yang telah mempunyai akaun perlulah untuk menutup dan membuka semula akaun baru untuk menikmati Pakej ini. Tetapi harus diingat, pakej ini sah untuk 2 Tahun sahaja. Selepas itu harga akan kembali ke asal.

Antara pakej Streamyx yang ditawarkan :
  • Streamyx Broadband 1Mbps – RM68
  • Streamyx Broadband 2Mbps – RM83
  • Streamyx Broadband 4Mbps – RM88
  • Streamyx Broadband 8Mbps – RM89
Antara Pakej UniFi yang ditawarkan
  • Unifi Pro 100Mbps – RM239
  • Unifi Advance Plus 50Mbps – RM189
  • Unifi Advance 30Mbps – RM139
  • Unifi Lite 10Mbps – RM129
Tapi saya hanya ambil pakej Streamyx 8Mbps sahaja kerana itu pun sudah memadai untuk digunakan di rumah. Selepas membuat pendaftaran, kontraktor TM akan datang untuk membuat pemasangan dalam masa 7 hari bekerja, tapi xsampai 3 hari wakil TM telah hadir. Untuk Pakej yang saya ambil dibekalkan bersama SET-TOP BOX HyppTV secara percuma. Set-top box ini membolehkan anda menonton TV streaming ala-ala astro tetapi dengan channel yang terhad.

Kepada yang ingin mendapatkan pakej ini cepat-cepat lah ke TM-Point yang terdekat segera kerana promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2017.

No comments:

Post a Comment